YBhg. Datuk/Dato'/Datin/Tuan/Puan,
Rasulullah SAW bersabda;
Tidak ada hari yang disambut oleh para hamba melainkan di sana ada dua malaikat yang turun, salah satunya berkata: ‘Ya Allah, berikanlah ganti kepada orang-orang yang berinfaq. Sedangkan (malaikat) yang lainnya berkata: ‘Ya Allah berikanlah kehancuran kepada orang-orang yang menahan (hartanya). (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)
Latar Belakang Mukim Kuala Kandis
Mukim Kuala Kandis terletak di daerah Bachok Kelantan. Jumlah penduduknya kini mencecah 10,000 orang, majoriti penduduknya bekerja sebagai petani dan juga nelayan sesuai dengan kedudukannya di persisiran pantai Laut China Selatan. Mukim Kuala Kandis ini telah mula didiami sejak sebelum merdeka lagi. Hanya tiga buah masjid yang diiktiraf dan dibenarkan untuk mendirikan Solat Jumaat setiap minggu di Mukim Kuala Kandis.
Gambar : Bangunan masjid yang digunakan kini
Gambar : Keadaan fasiliti yang daif sangat tidak mesra pengunjung.
Objektif Utama Pembinaan Masjid Al-Falah Kuala Kandis
Kiraan terkini menunjukkan bahawa jumlah ahli kariah seramai 10,000 orang yang mana 20% daripada jumlah tersebut adalah lelaki dewasa dan jumlah ini semakin meningkat dari hari ke hari. Namun begitu, ruang solat Masjid Al-Falah yang menjadi tempat kepada ahli kariah untuk menunaikan Solat Jumaat dan Solat Hari Raya tidak lagi dapat menampung jumlah ahli jemaah yang hadir untuk menunaikan tersebut. Atas dasar itu, satu inisiatif untuk membina sebuah bangunan masjid baharu yang boleh memuatkan lebih dari 1,000 jemaah dalam satu masa telah dirancang oleh pihak Jawatankuasa Pembinaan Masjid Al-Falah Mukim Kuala Kandis Bachok.
Tujuan Dana
Tujuan utama dana dikumpulkan adalah untuk membiayai kos pembinaan Masjid Al-Falah Mukim Kuala Kandis bernilai RM5.47 Juta. Antara kos yang terlibat dalam pembinaan masjid ini adalah seperti berikut:
- Pembinaan Bangunan Utama Masjid
- Bangunan Tandas, Bilik Air & Kantin
- Parking Kenderaan & Pagar
- Kos Kerja Awalan
- Kos Kerja Pendawaian
- Cerucuk
- Kos Kerja Luar Jangka
Gambar : Lakaran ilustrasi bangunan masjid yang bakal dibina.
Gambar : Lakaran ilustrasi bangunan masjid yang bakal dibina.
Gambar : Lakaran ilustrasi bangunan masjid yang bakal dibina.
Ganjaran Infaq Harta Di Jalan Allah
Di dalam al-Quran menyebut ganjaran secara umum bagi setiap harta yang dikeluarkan ke jalan Allah termasuk berwakaf, sepertimana di dalam surah al-Baqarah ayat 261 yang bermaksud “Perumpamaan bagi orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai; tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji. Dan (ingatlah), Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakiNya, dan Allah Maha Luas (rahmat) kurniaNya, lagi Meliputi ilmu pengetahuanNya."
Di dalam hadis pula, daripada Abu Hurairah R.A bahawa Rasulullah telah bersabda “Apabila mati anak Adam, akan terhentilah amalannya kecuali tiga perkara, sedekah jariah, ilmu yang dimanfaatkan dan anak soleh yang mendoakan untuknya". (HR Muslim)
Hadis ini memberi gambaran kelebihan ciri-ciri berwakaf walaupun secara zahir perkataan ‘wakaf’ tidak di sebut, tetapi para ulama mengatakan berwakaf termasuk didalam maksud sedekah jariah.
Hikmah Berwakaf
Tahukah anda, apakah hikmah atau manfaat yang akan diperolehi bagi mereka yang berwakaf? Apakah sesuatu yang diwakafkan memiliki manfaat bagi pewakaf? Atau apakah harta yang akan diwakafkan hilang sia-sia begitu saja?
Berikut adalah hikmah berwakaf :
- Melatih jiwa sosial dan membantu yang kesulitan
- Menyedari bahawa harta benda di dunia ini tidak kekal
- Amalan tidak terputus pahala
- Mengeratkan tali persaudaraan dan mencegah ketidakseimbangan sosial
- Mendorong pembangunan negara
Gambar : Sumbangan dari Menteri Besar Kelantan disampaikan oleh Ust Asri Diwani (Setiausaha Politik Menteri Besar)
Mudah-Mudahan setiap sumbangan yang kita berikan akan menjadi pemberat timbangan dan menyelamatkan kita dari siksa neraka insyaAllah.
Ayuh kita bantu rumah Allah ini. Mungkin kecil yang kita berikan, suatu hari nanti menjadi begitu besar di sisi Allah seterusnya menyelamatkan kita dari siksaan-Nya.